Friday, 12 July 2013

RESEPI IKAN MASAK TAUCU

Bukan ikan masak taici tau.

Bahan-bahan

5 ekor ikan pelaling (ikan lain pun boleh)
10 biji cili kecik (dibelah atau ditumbuk)
4 biji cili hijau (dibelah)
seinci halia (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
sebiji bawang besar (dihiris)
Sebiji bawang besar (dipotong bulat)
sedikit air asam jawa
secubit garam
sedikit gula
Sebiji timun (dibuang tengahnya dan dihiris nipis-nipis)
2 sudu taucu
2 cawan air

Cara memasak

Ikan dilumur garam sedikit dan digoreng seperti biasa. Ketepikan.

Tumis bahan-bahan yang telah dihiris tadi sehingga kekuningan, seterusnya masukkan cili.
Masukkan taucu dan air dan gaul rata. Letakkan air asam jawa. Apabila sudah mendidih masukkan cili hijau, bawang yang dipotong bulat dan timun. Perasakan dengan garam dan gula. Apabila sudah cukup rasa, angkat dan gaulkan dengan ikan yang telah digoreng tadi.

Mudahkan. Selamat mencuba ;)

DISH WASH - KUTIL KOLESTROL PUN BOLEH TANGGAL

Apa la hubungan kutil kolestrol dengan dish wash shaklee ni kan..macam pelik je pencuci pinggan bila dikaitkan dengan kutil tersebut kan..

TESTIMONIAL from my customer - dish wash Shaklee mampu menanggalkan dan mengecutkan kutil kolestrol. 

yang penting dish wash shaklee bukan lah produk yang merbahayakan kesihatan, ia adalah kepekatan organik yang digunakan untuk menanggalkan sisa minyak yang lekat pada pinggan mangkuk.. mungkin kutil tersebut adalah sejenis kotoran minyak yang melekat pada kulit manusia..hehe

Apa-apa pun semuanya kuasa Allah S.W.T.

Nurmazlen | 0139334920
facebook nurmazlen

3 RAMADHAN 1434

Hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa kan. Apa resepi hari ni? membeli atau memasak? Mana pilihan anda?

Hari ni ade mood untuk memasak lagi. Balik dari sekolah, singgah kedai nampak ikan Pelaling. Jadi terus terbayang 'kalau masak taucu sedap ni'. Tapi suami saya tak makan taucu, nasib baik ade sotong, jadi untuk suami saya, resepi sotong masak pedas la jawabnya. Yang penting dia boleh berbuka dengan berselera.

Lepas ke kedai terus ambil Dhiya dan terus balik rumah. Eh ada pulak suami saya balik tengah hari ni, jadi dapatlah menyidai kain dan menyiang ikan dan sotong serta buat sedikit persediaaan untuk memasak petang nanti, kalau tak mesti Dhiya akan mengikut kemana sahaja saya pergi. Tiba-tiba baru perasan minyak masak dan garam dah habis. "Papa kirim minyak dan garam tau". Kirim jela, sebab dia memang nak keluar pegi solat Jumaat kan, saya sangat tidak rajin untuk keluar semula memandangkan hari agak panas hari ni.

Jadi sekarang Dhiya sudah tidur dan saya menunggu waktu asar. Lepas asar boleh lah mula memasak. 'Master Chef Mazlen in Action' hehehe

Nanti saya sertakan resepi masakan yang saya masak. Ringkas dan mudah serta sedap di lidah saya. ;)

Aku adalah siapa?

Assalamualaikum.

Salam perkenalan di alam maya ini. Nama saya Nurmazlen Mohd Johar, pendatang baru dalam arena penulisan blog. Kini saya tinggal bersama keluarga kecil saya iaitu bersama Fadzley Zahhari dan Dhiya Zahraa.

Alhamdulillah, kami mempunyai kehidupan yang ringkas dan selesa. Saya   hanya seorang guru sekolah rendah dan suami saya pula hanya pekerja di sektor swasta. Walaupun agak kerdil pada pandangan mata orang lain, tapi kami bangga dengan diri kami sendiri.
Walaubagaimanapun, saya mempunyai cita cita tinggi iaitu menjadi peniaga di alam maya yang berjaya. Berjaya bersama SHAKLEE. Pernah dengar tak Brand Shaklee. Kalau tak tau jom mengembara dalam blog saya.

keluarga kecilku
zaman muda kami

nurmazlen mohd johar | 0139334920
facebook nurmazlen

Thursday, 11 July 2013

MAKANAN, ADAKAH SELAMAT DIMAKAN?

Makanan adalah keperluan manusia, tapi adakah kita pasti makanan yang kita makan tersebut selamat diambil oleh badan kita. Jom kita tengok piramid makanan sebagai panduan pengambilan makanan setiap hari.

makanan seimbang, shaklee
piramid makanan
 Setiap aras menunjukkan nisbah pengambilan makanan yang betul. Walaupun di aras paling bawah menunjukkan makanan yang berasaskan bijirin dan ubi-ubian diambil paling banyak, tetapi tidak bermakna makanan tersebut boleh diambil secara berlebihan.

Sebagai contoh, dalam sepinggan nasi, nisbah yang paling banyak perlu diambil adalah bermula dari aras yang paling bawah. Jadi makanan yang paling sedikit perlu diambil berada di aras yang paling atas iaitu lemak, minyak, garam dan gula.

Jadi untuk menjaga kesihatan yang baik agar tubuh badan kita tidak mudah dihinggapi penyakit, makanlah ikut keperluan bukan ikut nafsu ye.

Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.


Wednesday, 10 July 2013

KEKUATAN, KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN

Hidup untuk dinikmati dengan kegembiraan dan kasih sayang Allah. Alangkah indahnya hidup dengan keredhaan Allah S.W.T kan.

Kenapa nak cari duit lebih sedangkan saya dan suami mempunyai pekerjaan tetap? Nak buat apa susahkan diri kehulu kehilir menguruskan bisness?
Terpulang pada pendapat individu masing-masing. Saya ada tujuan saya sendiri, bukan tak cukup dengan gaji seorang guru, tapi saya ingin membantu suami saya dalam perbelanjaan keluarga kami. Memang dia tak pernah minta, tapi sebagai seorang isteri sanggup kah melihat suami sahaja yang menanggung beban kewangan yang sangat besar pada masa kini. Saya memilih untuk hidup dengan lebih baik dan lebih selesa, so saya berusaha ke arah itu.

Anak adalah anugerah Allah S.W.T kepada kami, jadi untuk dhiya zahraa, saya mahu yang terbaik untukknya, mungkin ada yang kata pakai baju murah atau minum susu murah pun boleh sihat dan cerdik. Tapi bagi saya jika kita mampu memberi yang terbaik kepadanya, alangkah lebih baik. Bukan nak berbangga dengan keperluan yang mahal-mahal tetapi itulah impian kami..'lebih baik' adalah keutamaan kami. Mungkin juga saya dan suami tidak pernah merasai keperluan yang sempurna semasa kami dibesarkan, so Dhiya dan bakal adik-adiknya adalah tempat kami meng'qada kan nya kembali..hehe

Mak dan Ayah saya adalah pendorong saya untuk berniaga, walaupun mereka tak pernah suruh saya menjalankan perniagaan dan meminta apa-apa dari saya, tapi saya sedar bahawa apabila mereka lihat anaknya mampu hidup lebih baik daripada mereka dahulu, mereka juga akan berasa bahagia. Malah saya berasa bangga jika dapat membantu mereka dari segi kewangan atau apa sahaja keperluan mereka.   Apa yang saya ada, saya juga nak mereka juga ada. Itulah impian saya..

Dan yang paling penting ialah, masa untuk beribadat sentiasa ada. Pekerjaan yang dilakukan juga adalah satu ibadah tapi apabila duit sudah bekerja untuk kita, tak perlu lagi kita mengejar masa untuk melakukan kerja lebih masa. Badan pun tak letih dan kita akan lebih tenang untuk mengadap ALLH S.W.T.

'SEMOGA ALLAH MERAHMATI HIDUP KAMI'

mazlenjohar | 0139334920
facebook nurmazlen

1 Ramadhan 1434

Ramadhan ketiga bersama suami tersayang FADZLEY ZAHHARI dan Ramadhan kedua bersama DHIYA ZAHRAA, our cute gegerl..

Sedar tak sedar masa berjalan dengan sangat pantas. Baru je lagi rasa Dhiya bersama kami berbuka puasa. Ramadhan pertama bergelar isteri saya masih diperantauan..tak jauh pun, Sabak Bernam Selangor je, tapi bila bercakap macam la jauh sangat kan. Walaubagaimanapun situasinya tetap berbeza. Dulu takyah bangun sahur pun takpe ..perut sendiri pandai-pandailah jaga kan, sekarang ade perut lain yang perlu dijaga sekali, so kena la lebih alert dengan keperluan mereka. Yang penting mereka sihat sentiasa. In Shaa Allah.

First day sahur; Nasi goreng beperencahkan perencah nasi goreng ADABI untuk suami dan untuk saya opkos la minuman kegemaran atau suplement harian saya (ESP + MEALSHAKE + PERFORMANCE DRINK + CINCH SHAKE).. Simple dan mudah. Alhamdulillah dikurniakan suami yang tak banyak kerenah dalam bab makanan ni..

Untuk Dhiya yang juga terjaga semasa waktu sahur tadi semestinya susu Isomilnya..lepas tu tidur balik. tak tau la dia berbuka pukul berapa tadi..hehehe

Setakat ni Alhamdulillah masih betenaga setelah ke sekolah, mengepos barang dan mengambil Dhiya dari rumah pengasuh..Ala saya bukan buat kerja berat pun..perut pun belum berkeroncong lagi, cuma cuaca panas yang menyebabkan rasa agak dahaga.. So malam ni mesti minum air masak cukup 2 liter atau lebih untuk lebih cergas pada esok hari. ;)

*perancangan untuk berbuka hari ni adalah ke rumah ibu mertuaku..hehe so takyah masak n tunggu papa balik je..

mazlen johar | 0139334920
facebook nurmazlen