Showing posts with label CATATAN HARIAN. Show all posts
Showing posts with label CATATAN HARIAN. Show all posts

Friday, 12 July 2013

3 RAMADHAN 1434

Hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa kan. Apa resepi hari ni? membeli atau memasak? Mana pilihan anda?

Hari ni ade mood untuk memasak lagi. Balik dari sekolah, singgah kedai nampak ikan Pelaling. Jadi terus terbayang 'kalau masak taucu sedap ni'. Tapi suami saya tak makan taucu, nasib baik ade sotong, jadi untuk suami saya, resepi sotong masak pedas la jawabnya. Yang penting dia boleh berbuka dengan berselera.

Lepas ke kedai terus ambil Dhiya dan terus balik rumah. Eh ada pulak suami saya balik tengah hari ni, jadi dapatlah menyidai kain dan menyiang ikan dan sotong serta buat sedikit persediaaan untuk memasak petang nanti, kalau tak mesti Dhiya akan mengikut kemana sahaja saya pergi. Tiba-tiba baru perasan minyak masak dan garam dah habis. "Papa kirim minyak dan garam tau". Kirim jela, sebab dia memang nak keluar pegi solat Jumaat kan, saya sangat tidak rajin untuk keluar semula memandangkan hari agak panas hari ni.

Jadi sekarang Dhiya sudah tidur dan saya menunggu waktu asar. Lepas asar boleh lah mula memasak. 'Master Chef Mazlen in Action' hehehe

Nanti saya sertakan resepi masakan yang saya masak. Ringkas dan mudah serta sedap di lidah saya. ;)

Wednesday, 10 July 2013

1 Ramadhan 1434

Ramadhan ketiga bersama suami tersayang FADZLEY ZAHHARI dan Ramadhan kedua bersama DHIYA ZAHRAA, our cute gegerl..

Sedar tak sedar masa berjalan dengan sangat pantas. Baru je lagi rasa Dhiya bersama kami berbuka puasa. Ramadhan pertama bergelar isteri saya masih diperantauan..tak jauh pun, Sabak Bernam Selangor je, tapi bila bercakap macam la jauh sangat kan. Walaubagaimanapun situasinya tetap berbeza. Dulu takyah bangun sahur pun takpe ..perut sendiri pandai-pandailah jaga kan, sekarang ade perut lain yang perlu dijaga sekali, so kena la lebih alert dengan keperluan mereka. Yang penting mereka sihat sentiasa. In Shaa Allah.

First day sahur; Nasi goreng beperencahkan perencah nasi goreng ADABI untuk suami dan untuk saya opkos la minuman kegemaran atau suplement harian saya (ESP + MEALSHAKE + PERFORMANCE DRINK + CINCH SHAKE).. Simple dan mudah. Alhamdulillah dikurniakan suami yang tak banyak kerenah dalam bab makanan ni..

Untuk Dhiya yang juga terjaga semasa waktu sahur tadi semestinya susu Isomilnya..lepas tu tidur balik. tak tau la dia berbuka pukul berapa tadi..hehehe

Setakat ni Alhamdulillah masih betenaga setelah ke sekolah, mengepos barang dan mengambil Dhiya dari rumah pengasuh..Ala saya bukan buat kerja berat pun..perut pun belum berkeroncong lagi, cuma cuaca panas yang menyebabkan rasa agak dahaga.. So malam ni mesti minum air masak cukup 2 liter atau lebih untuk lebih cergas pada esok hari. ;)

*perancangan untuk berbuka hari ni adalah ke rumah ibu mertuaku..hehe so takyah masak n tunggu papa balik je..

mazlen johar | 0139334920
facebook nurmazlen